Raja Permaisuri Agong Ke-4 Mangkat

Category:

Reactions: 


al-fatihah-1
Tengku Ampuan Tua Terengganu yang juga nenda kepada Sultan Terengganu, Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Intan Zaharah Almarhum Tengku Setia Raja mangkat kira-kira pukul 3.26 petang tadi di Pantai Medical Centre, Kuala Lumpur.

Menurut sumber daripada kerabat terdekat Almarhum, kemangkatan Raja Permaisuri Agong ke-4 (1965 hingga 1970) itu pada usia 86 tahun disebabkan penyakit radang paru-paru.
Jenazah almarhum dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud pada pagi esok untuk istiadat seterusnya.

Almarhum diputerikan pada 13 April 1928 di Singapura dan menerima pendidikan di Sekolah Melayu Telok Kurau dan Convent Katong, Singapura.

Almarhum berkahwin dengan almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada 3 April 1944 di Kuala Terengganu dan dilantik sebagai Tengku Ampuan Besar Terengganu pada 6 Jun 1949.

Almarhum dianugerahkan Grand Order of the Mugunghwa oleh Presiden Republik Korea pada 7 Februari 1966.

Sumber :- TeganuKita

Comments (0)

Post a Comment