SEJARAH SEKOLAH

Category:

Tanggal 1 Mei 1937 lahirlah Sekolah Kebangsaan Kampung Nangka yang terletak di Kampung Lampu, sebuah perkampungan di pinggir Sungai Besut, Terengganu. 

Pada awalnya sekolah ini dibina secara gotong-royong di atas sebidang tanah seluas 1 ekar sahaja yang disumbangkan oleh Allahyarhamah Mek Chik bt Awang. Selepas itu, kerajaan telah mengambil alih tanah yang keluasan kawasannya ialah 3.7 ekar. Pada peringkat awal sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Melayu Kampung Lampu.

Slide 11
-->
Oleh kerana ketiadaan anak tempatan sebagai tenaga pengajar, dengan usaha Penghulu Salleh, seorang guru dari Kuala Terengganu didatangkan khusus menjadi guru dan bertindak sebagai Guru Besar di sekolah ini. Beliau ialah Allahyarham Wan Abdullah b.Abidin

Setelah sistem pendidikan berubah, nama sekolah ditukarkan kepada Sekolah Umum Kampung Nangka. Selepas itu ditukarkan kepada Sekolah Kebangsaan Kampung Nangka.

Slide 12
-->Di awal penubuhan, hanya sebuah bangunan beratap nipah, berdinding buluh dan berlantaikan tanah. Manakala meja dan kerusi disediakan  oleh penduduk kampung. Dengan kata lain,berdirinya bangunan dan infrastruktur sekolah adalah di atas inisiatif penduduk kampung yang sedar betapa pentingnya pendidikan bagi anak-anak mereka.
Slide 13
-->
Di awal tahun 60 an Kementerian Pelajaran Malaysia telah membina bangunan kekal bersaiz 30 x 12 meter persegi. 
Awal tahun 80an dibina bangunan 2 tingkat sehingga 1994. Sekolah Kebangsaan Kampung Nangka mendapat satu bangunan 3 tingkat yang gah berdiri seteguh semangat dan cita-cita warga SKKN mencapai kecemerlangan pendidikan...insyaAllah! :)

 

Slide 12
-->