Jom Sertai Ujian PERMATApintar!

0

Category:

Sedutan Lampiran 1 dari surat siaran JPN Terengganu mengenai Program PERMATApintar .P.T 25007-01/02/(02) bertarikh 18 April 2010

PELAN TINDAKAN PENYERTAAN
MURID-MURID SEKOLAH DALAM UJIAN UKM1/UKM2
PROGRAM PERMATApintar/PERMATAinsan TAHUN 2010

1.Melantik seorang guru khas bagi menyelaras penyertaan murid-murid dalam ujian UKM1 dan ujian UKM2 (Mohon hantarkan nama guru berkenaan kepada Penyelia Prasekolah PPD mengikut format sepertimana format berikut).

SEKOLAH
NAMA PENUH GURU
NO. K/P
NO. TEL BIMBIT

2 Menggalakkan penyertaan semua murid Tahun 2 – 6 (Sekolah Kebangsaan) dan murid Tingkatan 1 – 3 (Sekolah Menengah) mengambil ujian UKM1 secara atas talian dengan melayari ke alamat sesawang http:/www.permatapintar.edu.my) yang dibuka mulai 1 Mac hingga 31 Mei 2010.

3 Murid Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Elit, Menengah Kebangsaan (Agama), Sekolah Sukan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) adalah diwajibkan menduduki ujian UKM1 dan UKM2.

4 Bagi murid-murid di sekolah menengah kebangsaan dan sekolah kebangsaan, pihak sekolah hendaklah mewajibkan murid dari kelas projek / elit mengambil bahagian dalam ujian tersebut.

5 Pihak sekolah boleh meminta bantuan daripada pihak BTPN jika terdapat masalah pada sistem ujian tersebut.

6 Pihak sekolah diminta melaporkan penyertaan murid dengan menggunakan Borang Lapor Ujian UKM dan perlu dihantarkan kepada penyelaras berikut :-

i. Encik Mazlan bin Awang
Penolong Pengarah,
Pengurusan Murid Sekolah Menengah,
Unit Penyeliaan Sekolah Menengah,
Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.

ii Encik Mohamad bin Sulaiman,
Penyelia Pengurusan Murid,
Unit Penyeliaan Sekolah Rendah,
Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.

* Semua laporan perlu sampai sebelum atau pada 20 Mei 2010

7 Bagi membantu murid-murid dapat mengisi profil dengan tepat, pihak guru berkenaan perlu menyediakan edaran atau mempamerkan butir-butir seperti:_

i. Nama Lengkap Sekolah
ii. Alamat Sekolah
iii. Kod Sekolah
iv. Jenis Sekolah.

8. Pihak sekolah diminta menggunakan kemudahan makmal komputer dengan mengatur jadual penyertaan murid untuk mengambil ujian tersebut.

9 Satu salinan borang Laporan tersebut hendaklah dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing untuk perhatian Penyelia Prasekolah.

Sila layari laman http://www.permatapintar.edu.my untuk maklumat lanjut
Klik di sini untuk manual pengguna. Harap maklum

Hari Terakhir Cikgu Praktikum @SKKN

0

Category:



Seluruh warga Sk Kampung Nangka mengucapkan jutaan terima kasih kepada cikgu-cikgu praktikum Maktab Perguruan Sultan Mizan yang mencurah bakti dan khidmat kepada sekolah ini pada tahun ini. Syabas kepada semua bakal cikgu.. Semoga kalian menjadi warga pendidik yang berkaliber suatu hari nanti, insyaAllah! :)

Perlawanan Bola Tampar Zon Kuala Besut

0

Category:










Satu perlawanan Bola Tampar peringkat Zon Kuala Besut Bawah 12 Tahun telah diadakan di SK Kuala Besut pada 11-12 April 2010. SK Kampung Nangka telah menghantar pasukan sekolah untuk memilihkan atlet-atlet ke peringkat Daerah. Semoga berjaya! :)

Malam Motivasi UPSR 2010

0

Category: ,






Pada 4 April yg lalu, semua ibubapa dan pelajar Tahun 6 telah menghadiri satu majlis Motivasi Kecermelangan UPSR 2010 bertempat di Dewan Sekolah SK Kg Nangka. Majlis dimulakan dengan Majlis Temu Janji pada jam 8.00 malam dan diikuti dengan ceramah motivasi daripada guru pakar dari Kelantan. Semoga pelajar-pelajar tahun 6 lebih bersemangat dan bermotivasi untuk menghadapi UPSR pada tahun ini, insyaAllah.. :)

Majlis Pelancaran 20 10 5 2

0

Category:

Hari Guru 2010... Guru Pembina Negara Bangsa

Pada 30 Mac 2010, satu majlis pelancaran "20 10 5 2 Terengganu Anjung Ilmu" telah berlangsung di Dewan Besar Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Majlis tersebut sempena melancarkan misi kecemerlangan pendidikan negeri Terengganu pada tahun 2010 itu mensasarkan 20% calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) mendapat semua A, 10% calon Penilaian Menengah Rendah(PMR), 5% bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan 2% bagi Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) mendapat semua A dalam peperiksaan. Selain itu, murid-murid tahun 6 di 10 buah sekolah terpilih di daerah Kuala Terengganu turut menduduki peperiksaan online serentak iaitu program "Terengganu A++" menggunakan e-Book di sekolah masing-masing semasa majlis itu berlangsung. Majlis diakhiri dengan penyampaian kepada semua pemenang. Tahniah!