Pada 3 Disember yang lalu, surat khabar News Straits Times telah memaparkan senarai nama pelajar-pelajar negeri Terengganu yang berjaya mendapat keputusan cemerlang 5A di dalam UPSR 2009, termasuk 15 orang pelajar SK Kampung Nangka. Tahniah buat semua pelajar yang berjaya di dalam peperiksaan UPSR 2009!
Kelas Bimbingan Cuti Terancang Akhir Tahun 2009 untuk pelajar Tahun 6 2010 SK Kampung Nangka telah bermula pada 20 sehingga 30 Disember 2009. Program ini bertujuan memantapkan lagi persediaan pelajar-pelajar bagi menghadapai peperiksaan UPSR tahun hadapan. Selamat berusaha semua!
Pada cuti sekolah yang lalu, murid-murid tahun 5 telah menghantar e-Book mereka kepada Pegawai IT Sekolah (EIO), Cik Azmalia Mohamed Fadzil untuk mengemaskini perisian buku teks Tahun 6 pada tahun depan. Terima kasih di atas kerjasama semua murid! :)
Pada cuti sekolah yang lalu, SK Kampung Nangka telah menerima bantuan pagar baru daripada Kementerian kerana pagar lama sekolah rosak ditenggelami air akibat musim banjir tempoh hari.
Pada 6 dan 7 November lalu, SK Kampung Nangka ditenggelami air akibat banjir di musim tengkujuh pada fasa pertama. Semua warga sekolah bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah yang berselut. Pihak Bomba turut menhulurkan bantuan bagi memudahkan lagi proses pembersihan. Terima kasih di atas segala kerjasama semua!
Subscribe to:
Posts (Atom)