Kem Kecemerlangan UPSR 2010 & Majlis Temu Murni 3

0

Category: ,

Pada 22 hingga 24 Julai 2010, SK Kampung Nangka telah mengadakan "Kem Kecemerlangan UPSR-Fasa II" bertempat di Kem Seri Keluang, Besut, Terengganu. Seramai 59 orang murid, iaitu 45 orang murid tahun enam dan 14 orang murid tahun lima, telah menyertai kem yang penuh bermanfaat ini. Antara pengisian program ialah pendedahan tentang strategi dan teknik-teknik menjawab soalan UPSR dengan lebih mudah dan berkesan daripada guru-guru pakar matapelajaran iaitu:

  • SAINS
  1. En. Alias b. Ghani (GB SK Lubuk Kawah)
  2. En. Che Zaidi b. Abu Bakar (SK Bukit Tempurung)
  • MATEMATIK
  1. En. Mat Latif b. Ali (GB SK Oh)
  2. En. Che Drahman b. Mamat (SK Kampung Baharu)
  • BAHASA MELAYU
  1. Hjh. Esah bt. Ahmad (SK Tengku Mahmud)
  2. Tn. Hj. Saidi b. Jusoh (GB SK Seri Payung)
  • BAHASA INGGERIS
  1. Pn. Hjh. Siti Zaleha bt. Ariffin (GB SK Seb. Jertih)
  2. En. Tn. Masri b. Tn. Yaacob (SK Bukit Awang)
Kem Kecemerlangan UPSR-FasaII






Turut diadakan Majlis Temu Murni buat kali yang ke-3 pada hari terakhir, Sabtu 24 Julai 2010. Majlis ini bagi melancarkan Misi Gerak Gempur 2 Bulan-UPSR 2010, laporan prestasi pelajar(OTI 2 & OTI 3) dan penutup bagi program Kem Kecemerlangan UPSR 2010. Akhir majlis, para pelajar pulang bersama ibu bapa masing-masing.

Majlis Temu Murni Kali ke-3






Riadah minda



Semoga para pelajar dapat mempraktik sebaik mungkin teknik-teknik menjawab soalan yang diberikan di dalam peperiksaan UPSR yang bakal menjelang 2 bulan akan datang, insyaAllah.

Majlis Penyampaian e-Book Dun Kuala Besut

0

Category:





Pada 12 Julai 2010, seramai 53 orang murid tahun 5 SK Kampung Nangka telah mendapat sumbangan e-Book daripada Kerajaan Negeri Terengganu bertempat di SK Kampung Baharu, Kuala Besut. Majlis berjalan lancar dan tahniah kepada semua!

Konvoi SKKN "Tambun-Cameron" 2010

2

Category:

Pada 9 dan 10 Julai 2010, buat julung kalinya sebanyak 20 buah kereta warga SK Kampung Nangka telah berkonvoi bagi menjayakan misi Konvoi "Tambun-Cameron Highland" SK Kampung Nangka 2010. Antara destinasi konvoi pada kali ini ialah Lost World of Tambun Water Park, Perak dan Cameron Highland, Pahang. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar mengikut perancangan awal. Tahniah kepada semua! :)

Lost World of Tambun, Perak











Cameron Highland, Pahang