Larian Sihat SKKN

0

Category: , ,

Senaman Aerobik Untuk Memanaskan Badan Dulu
Larian Sihat SKKN Kategori Pertama Pra-Sekolah Dilepaskan Dahulu
Larian Sihat SKKN Kategori Tahun 1 Hingga Tahun 6 Dilepaskan
Murid-murid Melalui Laluan Mengikut Tahun Yang Telah Ditetapkan.
Majlis Penutupan Larian Sihat SKKN Oleh Puan Guru Besar SKKN Dan Majlis Penyampaian Hadiah Kategori Pra-Sekolah Disampaikan Oleh PK Ko.
Penyampaian Hadiah Kategori Murid Tahun 1 Lelaki Dan Perempuan Disampaikan Oleh PK Ko.
Penyampaian Hadiah Kategori Murid Tahun 2 Lelaki Dan Perempuan Disampaikan Oleh PK HEM.
Penyampaian Hadiah Kategori Murid Tahun 3 Lelaki Dan Perempuan Disampaikan Oleh PK HEM.
Penyampaian Hadiah Kategori Murid Tahun 4 Lelaki Dan Perempuan Disampaikan Oleh PK 1.
Penyampaian Hadiah Kategori Murid Tahun 5 Lelaki Dan Perempuan Disampaikan Oleh PK 1.
Penyampaian Hadiah Kategori Murid Tahun 6 Lelaki Dan Perempuan Disampaikan Oleh Guru Besar.


Terima Kasih Kepada Guru-guru,Kakitangan Sekolah,PDRM,Rela,JPAM Dan Kepada Semua Yang Terlibat Secara Langsung Dan Tidak Langsung Bagi Menjayakan Larian Sihat SKKN 2015.

Latihan Larian Sihat SK Kampung Nangka 2015

0

Category: ,













22.1.2015 - Latihan Kali Kedua Untuk Larian Sihat SKKN Untuk Semua Murid-murid SK Kampung Nangka.

Kerajaan Terengganu Isytihar Berkabung 40 Hari

0

Category:


Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Osman Muda
Semua pegawai dan kakitangan perkhidmatan awam negeri serta persekutuan dan badan-badan berkanun di Terengganu diminta mengikuti peraturan perkabungan sebagai tanda berdukacita atas kemangkatan Tengku Ampuan Intan Zaharah Almarhum Tengku Setia Raja.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Osman Muda berkata, dalam tempoh perkabungan 40 hari bermula hari ini hingga 4 Mac itu, pegawai dan kakitangan lelaki Melayu diminta memakai songkok berlilit kain putih berukuran satu inci bagi menghormati perkabungan itu.

“Manakala peraturan pemakaian bagi kakitangan wanita Melayu pula berselindang atau berkain tudung berwarna putih,” katanya pada sidang media di Wisma Darul Iman hari ini.

Osman berkata, bagi pegawai dan kakitangan bangsa lain, mereka dikehendaki bertali leher hitam atau lilitan lengan hitam di sebelah kanan (bagi lelaki) dan lilitan lengan hitam bagi wanita.

Katanya, polis dan tentera pula dikehendaki menurut cara pemakaian yang telah ditetapkan oleh peraturan pakaian jabatan masing-masing.

“Kita juga harap orang ramai di Terengganu turut sama berkabung dengan memakai songkok berlilit kain putih bagi lelaki Melayu dan lilitan lengan hitam bagi bukan Melayu,” katanya.

Osman berkata, segala perhimpunan ramai dan majlis-majlis atau acara-acara anjuran kerajaan dan bukan kerajaan yang berunsurkan hiburan adalah dilarang diadakan di seluruh negeri Terengganu dalam tempoh itu.

Bagaimanapun, katanya majlis atau acara yang berunsurkan keagamaan, pendidikan, riadah dan ilmiah adalah dibenarkan.

“Bendera juga hendaklah dikibarkan separuh tiang di semua bangunan kerajaan atau separuh kerajaan, bangunan perniagaan dan kediaman di Terengganu,” ujarnya.

Sementara itu, Osman berkata, jenazah almarhum akan tiba kira-kira pukul 10 pagi esok di Lapangan Terbang Sultan Mahmud dan dibawa ke Istana Maziah.

“Bagi rakyat jelata, waktu melawat adalah bermula pukul 11 pagi sehingga 12 tengah hari manakala bagi orang kenamaan,ia bermula 12 tengah hari sehingga 1 petang.

“Solat jenazah akan dilakukan selepas Solat Zuhur dan almarhum akan dikebumikan di Makam DiRaja Masjid Abidin,” jelas beliau.

Bagi yang ingin menziarahi katanya, pakaian untuk lelaki muslim hendaklah berbaju melayu hitam, samping hitam kosong dan songkok hitam dililitkan dengan riben putih (1 inci) manakala bagi yang bukan muslim bersuit hitam dan riben putih dililitkan di sebelah kanan lengan baju.

“Bagi wanita pula hendaklah berpakaian baju kurung dan tudung berwarna hitam,” katanya.

Sumber :-  TeganuKita

Raja Permaisuri Agong Ke-4 Mangkat

0

Category:


al-fatihah-1
Tengku Ampuan Tua Terengganu yang juga nenda kepada Sultan Terengganu, Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Intan Zaharah Almarhum Tengku Setia Raja mangkat kira-kira pukul 3.26 petang tadi di Pantai Medical Centre, Kuala Lumpur.

Menurut sumber daripada kerabat terdekat Almarhum, kemangkatan Raja Permaisuri Agong ke-4 (1965 hingga 1970) itu pada usia 86 tahun disebabkan penyakit radang paru-paru.
Jenazah almarhum dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud pada pagi esok untuk istiadat seterusnya.

Almarhum diputerikan pada 13 April 1928 di Singapura dan menerima pendidikan di Sekolah Melayu Telok Kurau dan Convent Katong, Singapura.

Almarhum berkahwin dengan almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada 3 April 1944 di Kuala Terengganu dan dilantik sebagai Tengku Ampuan Besar Terengganu pada 6 Jun 1949.

Almarhum dianugerahkan Grand Order of the Mugunghwa oleh Presiden Republik Korea pada 7 Februari 1966.

Sumber :- TeganuKita

Latihan Larian Sihat SK Kampung Nangka 2015

0

Category: ,









20.1.2015 - Latihan Kali Pertama Untuk Larian Sihat SKKN Untuk Semua Murid-murid SK Kampung Nangka.

Perhimpunan Pagi Bersama Pegawai Perhubungan Sekolah Daripada PDRM

0

Category: ,







18.1.2015 - Perhimpunan Pagi Bersama Pegawai Perhubungan Sekolah Daripada PDRM Sarjan Esah Binti Ismail Dan Koperal Ghafar.

Majlis Perasmian Surau Al-Barakah SK Kampung Nangka

0

Category: ,















19.1.2015 - Majlis Perasmian Surau Al-Barakah SK Kampung Nangka Yang Disempurnakan Oleh YBM Tengku Zaihan Bin Che Ku Abdul Rahman (ADUN Kuala Besut).Turut Hadir Pegawai Perhubungan Sekolah Dari PPD Besut Dan PDRM, YDP PIBG Dan Ajk, Guru Besar Dun Kuala Besut, Guru-guru Dan Kakitangan Sekolah.
Terima Kasih Kepada Semua Yang Terlibat Secara Langsung Dan Tidak Langsung Bagi Menjayakan Majlis Ini.