Majlis Watikah Perlantikan Pengawas SKKN 2010

0

Category:





31 Januari, SK Kampung Nangka : Satu majlis "Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah & Pengawas Pusat Sumber SKKN 2010" telah dirasmikan oleh Ketua Balai Polis Daerah Besut, bertempat di Dewan Sekolah Kebangaan Kampung Nangka pada jam 8.30 pagi. Majlis berakhir jam 9.30 pagi dengan penyampaian cenderahati daripada Guru Besar SKKN. Tahniah kepada semua pengawas yang dilantik dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.

Peperiksaan TOV 2010 (26-29 Jan)

0

Category:

Tarikh : 26 JANUARI 2010

Jadual Peperiksaan TOV 2010 (TAHAP 1)

Jadual Peperiksaan TOV 2010 (TAHAP 2)
Selamat berjuang kepada semua pelajar.
Semoga kejayaan milik anda!=)



Penggunaan e-Book di dalam Kelas

8

Category:



Pada 12 Julai tahun lalu, seramai 49 murid Tahun 5 SK Kampung Nangka telah menerima e-Book daripada Kerajaan Negeri Terengganu.

Terengganu telah memperkenalkan penggunaan komputer riba mini atau "e-book" yang pertama di Malaysia kepada murid sekolah rendah bagi menggantikan buku teks sebagai alternatif bagi mengatasi masalah beg sekolah berat yang dihadapi murid serta seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) semasa. Ini merupakan satu perkembangan baik untuk kemajuan pendidikan yang bakal melonjakkan lagi pencapaian Terengganu dalam bidang pendidikan. Selamat Berjaya!

"English Alphabets Writing Workshop"

0

Category:

Satu bengkel bertajuk "English Alphabets Writing Workshop" telah diadakankan di Dewan Besar SKKN pada hari Khamis, 21 Januari 2010 bermula jam 7.45 pagi sehingga 1 petang. Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan kepada murid-murid Tahun 2 dan 3 tentang cara-cara menulis huruf A-Z dengan yang betul bagi memperbaiki penulisan dalam mencapai akademik yang cemerlang. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan bengkel ini.



Perjumpaan Pengawas Sekolah SKKN 2010

0

Category:

Tekun mendengar taklimat daripada Cikgu Amri, dibantu Ust. Zalina

"Kami bersiap sedia menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab, cikgu!"

Barisan Pengawas-pengawas Sekolah SK Kampung Nangka Tahun 2010

Latihan Merentas Desa

0

Category:

Pada petang Selasa lepas, semua murid Tahun 2 hingga Tahun 6 yang mewakili rumah Hijau, Biru, Kuning dan Merah SK Kampung Nangka telah menjalani latihan merentas desa bermula jam 5.00 petang dan berakhir jam 6.00 petang. Latihan ini sebagai persediaan bagi menghadapi 'LARIAN SIHAT 2010' yang akan diadakan pada 4 Februari depan. Selamat berlatih kepada semua peserta!






Pemeriksaan Gigi

0

Category:

Pemilihan Jawatankuasa Rumah Sukan 2010

0

Category:

Rumah Merah

Rumah Hijau

Rumah Biru

Rumah Kuning



Semua turun padang... =)