Ujian Kecergasan Murid SEGAK

0

Category:



Pada 2 dan 3 Jun 2010, semua murid-murid Tahap 2 SK Kampung Nangka telah menjalani Ujian SEGAK(Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan) atau lebih dikenali dengan Ujian Kecergasan Fizikal. Ujian ini bagi menguji tahap kecergasan fizikal pelajar untuk pemilihan sukan yang sesuai dengan kemampuan mereka. Terdapat 4 jenis ujian yang dilalui oleh pelajar iaitu ujian naik turun bangku, ujian tekan tubi, ujian ringkuk tubi separa dan ujian jangkauan meluncur. Terima kasih di atas kerjasama semua.