Salam Maulidur Rasul 1431H

5

Category:


Alhamdulillah, segala puji kita rafa'kan kepada ALLAH yang telah memberikan pelbagai nikmat kepada kita, selawat dan salam buat junjungan besar tercinta Nabi Muhammad SAW, penutup sekalian para nabi dan rasul, penunjuk jalan al-haq dan daie sepanjang jalan..

Marilah bersama-sama kita junjung kecintaan pada baginda SAW, kita telusuri sirah baginda dan kita lestarikan pancang dakwah dan jihad baginda dalam hidup kita. Kita pintal dan suburkan semula kecintaan kita pada baginda dengan menjadikan baginda ikon terbaik hidup kita. Benarlah catatan Micheal Hart yang telah meletakkan baginda SAW sebagai manusia No. 1 terkenal dan berpengaruh di dunia.. Subhanallah! :)

Sumber : http://qudwahhasanah198.blogspot.com

P/s: Pengalaman Manis bertemu Rasulullah S.A.W. tercinta!

Kempen Keselamatan Jalan Raya

0

Category:



Kempen TAK NAK Merokok!

0

Category:






Pada 24 Februari lalu, SK Kampung Nangka telah mengadakan satu ceramah bertajuk "Situasi & Bahaya Merokok" oleh Pn. Maimumarini binti Ab Manaf, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, daripada Pejabat Kesihatan Daerah Besut sempena Kempen Tak Nak Merokok. Kempen ini bertujuan memberi pendedahan kepada murid-murid tentang bahaya merokok, mencegah tabiat merokok serta tips-tips berhanti morokok. Semoga kita dapat mengambil manfaat daripada maklumat berguna yang diberikan kerana remaja sekarang perlu dilengkapi dengan maklumat yang tepat mengenai bahaya merokok. Jom pakat TAK NAK MEROKOK!

Majlis Kesyukuran UPSR 2009

2

Category:








Pada 11 Februari lepas, Sekolah Kebangsaan Kampung Nangka(SKKN) telah mengadakan gotong-royong "bekwoh" perdana semperna Majlis Kesyukuran UPSR 2009. Untuk pengetahuan, seramai 15 orang pelajar SKKN telah berjaya memperolehi 5A daripada 45 calon (33% mendapat 5A) di dalam peperiksaan UPSR tahun lepas. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi di atas kejayaan di dalam UPSR 2009 yang memberangsangkan ini. Sekalung tahniah buat semua warga SKKN terutama para pelajar, guru-guru dan ibu bapa yang bertungkus-lumus bagi mencapai kejayaan yang cemerlang ini. Semoga prestasi UPSR tahun ini dapat melonjakkan lagi nama SKKN di dalam arena pendidikan negara, insyaAllah! =)



Upacara memotong kek sempena hari kelahiran GB pada hari tersebut, tahniah!

Majlis Solat Hajat Kecemerlangan UPSR 2010

0

Category:





Satu majlis Solat Hajat Kecemerlangan UPSR 2010 telah diadakan pada 10 Februari lalu, bertempat di Dewan Besar SKKN, jam 7.00 malam. Majlis ini dihadiri oleh guru-guru, staff-staff, ibu bapa serta penjaga kepada murid-murid Tahun 6 yang bakal menghadapi UPSR tahun 2010. Semoga SKKN sentiasa diberkati, dilimpahkan rahmat serta dikabulkan hajat oleh-Nya. Terima kasih di atas sokongan semua!

AGRO Bank @ SKKN

0

Category:


Pada 3 Februari yang lalu, pihak Agro Bank telah datang ke SK Kampung Nangka untuk pembukaan akaun simpanan Bank Agro kepada murid-murid serta galakan menabung untuk masa hadapan. Ini dapat menggalakkan murid-murid menyimpan duit saku untuk menabung di bank. Pihak bank akan datang seterusnya pada 8 mac depan, jumpa adik-adik nanti!

"LARIAN SIHAT 2010"

0

Category:

SK Kampung Nangka telah mengadakan "LARIAN SIHAT 2010" pada hari Khamis, 4 Februari 2010 melibatkan semua murid yang sihat tubuh badan mewakili rumah merah, biru, hijau dan kuning merentas desa sekitar Kampung Lampu, Kuala Besut. Acara bermula dengan senaman aerobik oleh jurulatih daripada Klinik Kesihatan Kuala Besut.












Terima kasih yang tak terhingga kepada pihak Polis Kuala Besut dan Klinik Kesihatan Kuala Besut di atas sokongan bagi menjayakan program ni. Tahniah dan terima kasih kepada semua guru dan staff yang terlibat..Semoga SKKN terus cemerlang!