Salam Maulidur Rasul 1431H

Category:


Alhamdulillah, segala puji kita rafa'kan kepada ALLAH yang telah memberikan pelbagai nikmat kepada kita, selawat dan salam buat junjungan besar tercinta Nabi Muhammad SAW, penutup sekalian para nabi dan rasul, penunjuk jalan al-haq dan daie sepanjang jalan..

Marilah bersama-sama kita junjung kecintaan pada baginda SAW, kita telusuri sirah baginda dan kita lestarikan pancang dakwah dan jihad baginda dalam hidup kita. Kita pintal dan suburkan semula kecintaan kita pada baginda dengan menjadikan baginda ikon terbaik hidup kita. Benarlah catatan Micheal Hart yang telah meletakkan baginda SAW sebagai manusia No. 1 terkenal dan berpengaruh di dunia.. Subhanallah! :)

Sumber : http://qudwahhasanah198.blogspot.com

P/s: Pengalaman Manis bertemu Rasulullah S.A.W. tercinta!

Comments (5)

Michael H.Hart

Micheal H.Hart merupakan seorang ahli sejarah, pakar metematik dan pakar astronami. Beliau menulis sebuah buku yang bertajuk The 100 yang diterbitkan pada tahun 1978. Buku ini kemudian diterbitkan semula dengan tajuk The 100: A Rangking of The Most Influential Persons in History terbitan Carol Publishing Group pada tahun 1992. Di dalamnya dimuatkan kajian beliau berhubung 100 orang tokoh-tokoh sejarah yang paling banyak memberi kesan dan paling banyak mempengaruhi jalan hidup manusia. Akhirnya beliau merumuskan bahawa tokoh sejarah yang paling berpengaruh ialah Nabi Muhammad s.a.w.
Daripada 100 tokoh yang dikajinya, 20 yang teratas ialah:

Prophet Muhammad
Isaac Newton
Jesus Christ (Nabi Isa a.s)
Buddha
Confucius
St. Paul
Tsai Lun
Johann Gutenberg
Christopher Columbus
Albert Einstein
Karl Marx
Louis Pasteur
Galileo Galilie
Aristotle
Lenin
Moses (Nabi Musa a.s)
Charles Darwin
Shih Huang Ti
Augustur Caesar
Mao Tse-tung

Apakah yang menyebabkan beliau memilih Nabi Muhammad s.a.w sebagai tokoh yang paling berpengaruh di dalam sejarah? Beliau menulis, Pemilihan Muhammad sebagai tokoh yang paling berpengaruh di dunia mungkin mengejutkan sesetengah pembaca dan dipersoal oleh sesetengah yang lain. Saya memilihnya sebab hanya beliau seorang sahaja di dalam sejarah yang berjaya dalam dua bidang iaitu keagamaan dan keduniaan. Daripada asal-usul yang agak luar biasa, beliau mengasasakan dan mengembangkan salah satu agama yang terhebat di dunia dan menjadi seorang pemimpin politik yang unggul. Pada hari ini 13 abad selepas kewafatan beliau, pengaruhnya tetap hebat dan masih terus berkembang.

Profesor Jules Masserman

Majalah Time edisi 15 Julai 1974, meminta masyarakat memberikan pandangan-pandangan mereka berhubung dengan satu persoalan: Apa kriteria yang menjadikan seorang pemimpin itu agung, dan sepanjang sejarah, siapakah yang layak? dalam teks asalnya, What makes a great leader? Throughout histort, who qualifies?
Jules Masserman, seorang tokoh ilmu psikologi bidang psikoanalisis dari Amerika dan seorang Profesor di Universiti Chicago menulis, Seseorang pemimpin perlu melaksanakan 3 fungsi: memelihara kesejahteraan pengikut-pengikutnya, perlu mewujudkan suatu sistem sosial yang yang selamat dan terjamin dan perlu menyemaikan suatu nilai kepercayaan untuk diikuti oleh pengikutnya.
Selepas mengutarakan kriteria-kriteria ini, Profesor Jules Masserman akhirnya menulis, Tokoh-tokoh seperti Pasteur dan Salk dapat dikategorikan sebagai pemimpin yang memiliki kriteria pertama. Alexander, Caesar dan Hitler pula dapat dianggap sebagai pemimpin yang melaksanakan fungsi yang kedua dan mungkin juga yang ketiga.
Pemimpin yang paling unggul di dalam sejarah ialah Muhammad disebabkan beliau melaksanakan ketiga-ketiga fugsi, diikuti oleh Nabi Musa.

Stanley Lane Poole

Stanley Lane Poole dilahirkan pada 18 Disember 1854, di London. Beliau tokoh sejarah terkenal Barat terutamanya berhubung dengan sejarah masyarakat Timur. Beliau banyak menulis buku tentang sejarah dan agama, termasuklah yang berkaitan agama Islam.
Di dalam bukunya The Speeches and Table Talk of Prophet Muhammad, beliau menulis tentang Nabi Muhammad s.a.w, Terhimpun pada dirinya sifat lemah lembut dan gagah berani sehingga seorang yang cuba menilainya akhirnya akan mengkagumi dan mengasihinya. Beliau seorang yang sanggup berdepan dengan kemarahan kaumnya. Beliau tidak mudah melepaskan tangannya ketika bersalaman. Beliau mengasihi kanak-kanak dan sentiasa melemparkan senyuman di samping menuturkan kata-kata indah yang mulia kepada mereka. Persahabatannya yang tulus, sikap pemurah, keberanian dan kecekalan yang ada padanya, semua ini mencairkan kritikan dan sebaliknya melahirkan kekaguman.

Paderi Kenneth L. Jenkins

Paderi Kenneth L. Jenkins ialah tokoh daripada Gereja Pentecostal di Indianapolis, Amerika. Pada suatu ketika di dalam hidupnya beliau meragui kensep Tritunggal ataupun Trinity yang diajar ileh agama Kristian. Berhubung dengan konsep itu, beliau menulis, Tidak ada seorang pun yang mampu menjelaskan bagaimana Nabi Isa yang dikatakan Tuhan dapat bercantum dan menjadi sebahagian daripada Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Roh Suci dan menjadi suatu identiti. Beberapa orang penyebar agama Kristian akhirnya terpaksa mengakui bahawa mereka juga tidak memahami konsep itu tetapi sekadar mempercayainya. Kesemua ini, di samping ketidakmampuan saya untuk mendapatkan jawapan kepada beberapa persoalan yang saya anggap penting, merangsang saya supaya mencari suatu perubahan di dalam hidup.
Tentang Nabi Muhammad beliau menulis, Saya amat mengkagumi cara hidup Nabi Muhammad s.a.w dan saya ingin mendalami cara hidup Baginda…….Saya dihadiahkan satu set kitab Sahih Muslim oleh guru Quran saya, dan ketika itu barulah saya sedar bahawa saya perlu mengetahui tentang kehidupan, perkataan dan amalan hidup Baginda….
Beliau memeluk Islam di hadapan Shykh Abdullah bin Abdul-Azeez bin Baz di Saudi Arabia dan nama Islam beliau ialah Abdullah Al-Faruque.

Paderi George Anthony

George Anthony ialah seorang Paderi Katolik di Sri Lanka. Berasal dari Kampung Rathnapura, beliau mendapat pendidikan dan latihan sebagai seorang paderi selama 10 tahun dan akhirnya diamanahkan memimpin Gereja Katumayaka di Sri Lanka. Beliau amat mahir di dalam Ilmu Bible namun beliau sering merasa pelik kerana isi-isi Bible sentiasa bercanggah antara satu sama lain. Selepas mengkaji, beliau yakin bahawa Bible tidak pernah mengatakan Nabi Isa ialah anak Tuhan. Beliau menulis, Orang-orang Kristian mengatakan Nabi Isa a.s ialah anak Tuhan sedangkan di dalam bab Acts 2:22, Bible menegaskan bahawa Nabi Isa adalah seorang manusia: Wahai mereka daripada keturunan Israel, dengarlah, Jesus Nazareth adalah manusia daripada kalangan kamu yang menerima pelbagai mukjizat, yang dipilih oleh Tuhan, sebagaimana yang kamu sudah tahu.
Tentang Nabi Muhammad s.a.w beliau menulis, Di dalam Bible Esaiah 9:12 disebutkan: Dan Kitab itu diberikan kepada dia yang tidak berpelajaran seraya berkata, bacalah, dan dia menjawab, aku tidak tahu membaca. Ayat ini sebenarnya sedang menceritakan Nabi Muhammad s.a.w yang merupakan seorang Nabi yang tidak tahu membaca dan menulis. Ketika Jibrail menyuruh Baginda membaca, Baginda menjawab, Aku tidak tahu membaca.
George Anthony memeluk Islam dengan nama Abdul Rahman. Sekarang beliau seorang pelatih di sebuah institusi di Kuwait.

Paderi Viacheslav Sergeevich Polosin

Beliau dilahirkan pada tahun 1956, merupakan seorang paderi dari Rusia. Beliau memperolehi ijazah di dalam Ilmu Ketuhanan di Moscow Ecclesiastic Seminary pada tahun 1984 sebelum dilantik menjadi paderi. Pada tahun 1990, beliau duberikan kepercayaan menjawat tugas Ketua Paderi di Rusia dan serentak dengan itu memegang beberapa jawatan penting di Rusia. Beliau juga aktif di dalam bidang penulisan dan salah sebuah bukunya bertajuk, Myth, Religion, and the State, terbitan 1999 di Moscow. Ketika diwawancara oleh majalah Musulmane, beliau menceritakan sebab-sebab beliau tertarik dengan agama Islam.
Beliau menulis, Selepas mengkaji selama beberapa tahun, saya merumuskan, Al-Quran tidak pernah mengatakan bahawa Tuhan Yang Maha Pencipta adalah sama dengan makhlukNya kerana pendapat yang sedemikian melambangkan kesyirikan….. Apa yang sedemikian diceritakan oleh Injil tentang Nabi Isa a.s tidak dapat saya terima sepenuhnya kerana keaslian teks Injil yang digunakan dapat dipertikai kesahihannya. Namun saya menerima Nabi Isa seperti yang diceritakan oleh Al-Quran, bahawa Baginda ialah seorang Rasul yang benar yang dilahirkan dengan cara yang luar biasa.
Berhubung Nabi Muhammad s.a.w beliau menulis, Saya meyakini bahawa Al-Quran adalah kitab yang terakhir yang diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w. Tidak ada Tuhan melainkan Tuhan Yang Esa, iaitu Allah, dan Muhammad ialah Rasul utusan Allah.

Paderi David Benjamin Keldani

Beliau dilahirkan pada tahun 1867 di bandar Urmia di Parsi. Daripada tahun 1886 hingga 1889, beliau merupakan salah seorang tenaga pengajar kepada Archbishop of Canterburys Mission untuk membimbing penganut-penganut agama Kristian di Urmia. Pada tahun 1892 Cardinal vaugan menghantarnya untuk melanjutkan pelajaran di Rom dan di sana beliau dididik di dalam ilmu Falsafah dan Ketuhanan di Propaganda Fide College dan pada tahun 1895 beliau dilantik menjadi paderi. Tidak berapa lama selepas itu beliau menjawat tugas Paderi Besar di Urmia.
Sumbangan beliau untuk agama Kristian amat banyak sekali. Pada tahun 1892 beliau menyumbang beberapa artikel yang bertajuk, Assyria,Rome and Canterbury untuk majalah The Tablet , dan artikel Authencity of the Pentateuch untuk Irish Record. Beliau menterjemahkan Ave Maria di dalam beberapa bahasa dan diterbitkan di dalam Illustrated Catholic Missions. Ketika di Constantinople, di dalam perjalan ke Parsi pada tahun 1895, beliau menulis beberapa siri artikel di dalam bahasa Inggeris dan Perancis dan tulisan-tulisan itu diterbitkan oleh The Levant Herald di bawah tajuk Eastern Churches. Pada tahun 1897 beliau dipilih mewakili Katolik Timur ke Kongres Kristian di Perancis dan isi ucapan beliau diterbitkan oleh majalah Eucharistic Congress.
Di dalam hidupnya, satu persoalan sentiasa berligar di dalam pemikirannya: Adakah agama Kristian, dengan kepelbagaian falsafahnya dan kitabnya merupakan agama yang benar? Pada musim panas tahun 1900, beliau bertapa selama sebulan di Digala dan di sana beliau membaca Bible berulang-ulang kali di dalam bahasanya yang asal, memohon petunjuk daripada Tuhan. Akhirnya beliau meletakkan jawatannya sebagai Paderi Besar Urmia dan selepas pertemuan dengan Ulama Islam, Syeih Jemaluddin Effendi dan lain-lainnya, beliau terus memeluk agama Islam dengan nama Abdul Ahad Dawud.
Di anatara sumbangan beliau untuk Islam ialah penerbitan buku beliau yang bertajuk Muhammad in the Bible. Di Malaysia ia diterbitkan pada tahun 1969 oleh Pustaka Antara di bawah naungan AngkatanNadhhatul Islam Bersatu (BINA) di Sarawak. Di antara isi-isinya ialah tentang Nabi Muhammad s.a.w yang kedatangannya disebutkan di dalam Bible secara jelas dan terang. Beliau menulis, Di dalam bab Haggai 2:7 disebutkan seorang Himada yang akan dikurniakan dengan Shalom. Himada ini adalah kata dasar bagi Muhammad. Shalom di dalam bahasa Hebrew bermaksud Islam….. Kalimat Shiloh yang terdapat dalam Perjanjian Lama (bab Genesis 49:10) di dalam bahasanya yang asal bermaksud Al-Ameen, yang juga berkaitan dengan Nabi Muhammad s.a.w…….. Yang paling menarik ialah sebuah kisah di dalam bab ketujuh daripada Book of Daniel berkaitan dengan seorang yang hebat yang bakal dibangkitkan dengan gelaran Barnasha atau Son of Man. Perincian kisah itu menunjukkan dengan jelas bahawa Barnasha sebenarnya ialah Muhammad.

#

Paderi Ibrahim Khalil Philobus

Ibrahin Khalil Pholibus dilahirkan pada bulan Januari 1919 dan merupakan seorang paderi Koptik berasal dari Mesir. Beliau mendapat kelulusan yang tinggi dari Universiti Princeton di dalam bidang Ilmu Ketuhanan pada tahun 1948. pada tahun 1954 beliau dilantik menjadi setiausaha agung projek German Swiss Mission di Aswan, Mesir. Pada ketika yang sama, beliau mengkaji Islam dengan tujuan mencari kelemahannya supaya dapat dijadikan midal melemahkan keyakinan umat Islam. Namun sebaliknya, beliau mula sedar tentang kesucian agama Islam dan kepalsuan agama Kristian. Akhirnya beliau memeluk Islam pada bulan Januari 1960 dengan mengambil nama Ibrahim Khalil Ahmad. Di antara sebab-sebab beliau tertarik dengan Islam ialah Keyakinan saya kepada Islam adalah hasil pembacaan Al-Quran dan sejarah hidup Nabi Muhammad s.a.w. Di antara ayat Al-Quran yang menarik perhatian beliau ialah, Mereka yang mengikut Rasul yang ummi yang disebutkan kisahnya di dalam Taurat dan Injil.

Post a Comment