Sistem i-Class Ganti e-Book

Category:

Segelintir kanak-kanak mengikuti aktiviti lukisan pasir pada Majlis Penutup Pertandingan Mewarna Warisan Kita anjuran Muzium Negeri Terengganu, Kuala Terengganu,hari ini.

Kerajaan negeri bercadang melengkapkan sekolah-sekolah rendah di negeri ini dengan sistem i-Class bermula tahun ini sekali gus menggantikan pemberian e-Book yang mula dihentikan.

Sistem terbaharu itu membolehkan setiap sekolah dilengkapi sistem komputer dan internet secara lebih berkesan.

Pada masa sama memudahkan pembelajaran pelajar dan pelaksanaannya mampu menjimatkan peruntukan kerajaan negeri sehingga RM10 juta setahun, berbanding agihan e-Book.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata, buat permulaan sebanyak 17 sekolah rendah di Terengganu yang dikenal pasti mempunyai capaian internet akan dilengkapi sistem i-Class.

Katanya, sistem tersebut dilaksanakan berperingkat-peringkat dan dijangka kesemua 400 buah sekolah rendah dan menengah di negeri ini akan dilengkapi i-Class dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang.

“Sistem baharu yang lebih canggih itu juga akan dikendalikan oleh syarikat Top IT Sdn Bhd. yang sebelum ini turut menguruskan kemudahan e-Book.

Ghazali bergambar bersama tiga pemenang Pertandingan Melukis dan Mewarna

“Hasil kajian, kita dah buat keputusan untuk tidak lagi beri e-Book mulai tahun ini walaupun kemudahan itu banyak beri kesan positif kepada pelajar mengenali Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penutup Pertandingan Mewarna Warisan Kita anjuran Muzium Negeri Terengganu, Kuala Terengganu,hari ini.

Turut hadir, Pengarah Muzium Negeri Terengganu, Mohd Yusof Abdullah.

Seramai 600 peserta, terdiri kanak-kanak tadika dan pelajar sekolah rendah menyertai progam bertujuan memupuk semangat cintakan warisan Melayu dan mencungkil bakat seni daripada seawal usia.

Sumber :- TeganuKita

Comments (0)

Post a Comment