Majlis Temu Murni 3 & Penutup Program Gerak Gempur 1 Bulan ~ UPSR 2010

Category: ,

Reactions: 







Satu Majlis Temu Murni 3 & Penutup Program Gerak Gempur 1 Bulan ~ UPSR 2010 telah diadakan pada 3 Mei 2010 bertempat di Dewan Sekolah Kebangsaan Kampung Nangka, Besut. Majlis perasmian & penutup Gerak Gempur 1 Bulan dan Motivasi Kecemerlangan UPSR 2010 disampaikan oleh Encik Wan Ahmad Hasbi bin Wan Jusoh, Penolong Pengarah, Operasi Bahasa Arab, Sektor Pendidikan Islam, JPNT. Di akhir majlis, ibubapa menandatangani Buku Pelaporan Prestasi anak masing-masing dan menyerahkan kembali kepada guru kelas. Semoga segala perancangan, doa dan usaha guru-guru dan murid-murid Tahun 6 akan mendapat keberkatan dan keredhaan dariNya, insyaAllah...amin.

Comments (0)

Post a Comment