Pada 30 Mac 2010, satu majlis pelancaran "20 10 5 2 Terengganu Anjung Ilmu" telah berlangsung di Dewan Besar Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Majlis tersebut sempena melancarkan misi kecemerlangan pendidikan negeri Terengganu pada tahun 2010 itu mensasarkan 20% calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) mendapat semua A, 10% calon Penilaian Menengah Rendah(PMR), 5% bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan 2% bagi Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) mendapat semua A dalam peperiksaan. Selain itu, murid-murid tahun 6 di 10 buah sekolah terpilih di daerah Kuala Terengganu turut menduduki peperiksaan online serentak iaitu program "Terengganu A++" menggunakan e-Book di sekolah masing-masing semasa majlis itu berlangsung. Majlis diakhiri dengan penyampaian kepada semua pemenang. Tahniah!

Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangi di dunia, tetapi gelisahlah apabila dibenci ALLAH kerana tiada lagi yang mengasihmu di akhirat.



Comments (0)
Post a Comment