Majlis Kesyukuran UPSR 2009

Category:








Pada 11 Februari lepas, Sekolah Kebangsaan Kampung Nangka(SKKN) telah mengadakan gotong-royong "bekwoh" perdana semperna Majlis Kesyukuran UPSR 2009. Untuk pengetahuan, seramai 15 orang pelajar SKKN telah berjaya memperolehi 5A daripada 45 calon (33% mendapat 5A) di dalam peperiksaan UPSR tahun lepas. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi di atas kejayaan di dalam UPSR 2009 yang memberangsangkan ini. Sekalung tahniah buat semua warga SKKN terutama para pelajar, guru-guru dan ibu bapa yang bertungkus-lumus bagi mencapai kejayaan yang cemerlang ini. Semoga prestasi UPSR tahun ini dapat melonjakkan lagi nama SKKN di dalam arena pendidikan negara, insyaAllah! =)



Upacara memotong kek sempena hari kelahiran GB pada hari tersebut, tahniah!

Comments (2)

Tahniah...tentu hebat cikgu2 SKKN..

Alhamdulillah..dengan berkat Doa+Usaha+Ikhtiar+Tawakal semua kepada ALLAH s.w.t, SKKN beroleh kejayaan yg cemerlang ini. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada kejayaan kita semua selepas ini, insyaAllah.

Post a Comment