Pada 14 Oktober 2010, Sk Kampung Nangka telah menganjurkan "XPCD Berbasikal SKKN" buat julung kalinya sebagai program selepas peperiksaan UPSR. Seramai 47 orang pelajar tahun 6 menyertai ekspedisi ini diiringi oleh guru serta staff SKKN dengan kerjasama pihak polis. Terima kasih di atas sokongan dan kerjasama daripada semua pihak.





Satu program "e-Book Merentasi Kokurikulum" telah diadakan di Pusat Akses SK Kampung Nangka selama 3 hari bermula 11-13 Oktober 2010. Program lepas UPSR ini bertujuan memberi pendedahan tentang aplikasi e-Book kepada murid-murid Tahun 6. Di samping itu, ia dapat mengisi masa lapang serta memberi pendedahan awal kepada murid sebelum masuk ke sekolah menengah. Antara pengisian projek e-Book ini ialah murid-murid diminta membuat emel. Kemudian setiap kumpulan dikehendaki memilih tajuk mengikut idea masing-masing serta mencari maklumat daripada internet. Selepas itu, setiap kumpulan menyiapkan slide powerpoint mengikut kreativiti dan menghantar slide ke emel guru. Akhir tugasan, murid-murid diminta membuat persembahan tayangan slide kumpulan masing-masing. Alhamdulillah, misi berjaya dengan kerjasama daripada semua murid, guru serta EIO yang terlibat. Tahniah! Semoga program bermanfaat seperti ini dapat diadakan lagi selepas ini, insyaAllah..

Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangi di dunia, tetapi gelisahlah apabila dibenci ALLAH kerana tiada lagi yang mengasihmu di akhirat.


