SELOKA HARI GURU 6 BESTARI

Category:

Assalamualaikum salam di beri,
Kepada semua cikgu-cikgu,
Halaman seloka 6B kami paparkan,
Hanya sekadar senda dan gurauan.

Cikgu Siti Aisyah bonda kami,
Bila mengajar tekun sekali,
Agar anak didiknya memahami,
Agar hidup bahagia akhirat & duniawi.

Cikgu Wan Zuhairi segak orangnya,
Penyelaras UPSR disandang olehnya,
Nampak garang jika xdekati,
Jika dikenali ramah sekali.

Orangnya cantik macam bidadari,
Bergurau senda itulah hobi,
Membuat kami tak kering gusi,
Teacher Sharifah Salmiah gerangan diberi.

Cikgu Jamilah orangnya lemah-lembut,
Prestasi pelajar keutamaan diberi,
Melerai semua apa yang kusut,
Supaya kami masuk universiti.

Orangnya cantik, lembut dan dedikasi,
Mengajar di kelas kebanggaan kami,
Lautan ilmu dicurah bakti,
Itulah dia Ustazah Zalina kami.

Andai ada terkasar bahasa,
Mohon maaf saya pohonkan,
Anggaplah ini sebagai jenaka,
Satu nostalgia yang patut dikenang.

"Guru Pembina Negara Bangsa"

~Hasil nukilan pelajar 6 Bestari 2010

Comments (2)

Terbaeekk...

salam sukse

Post a Comment