Sambutan Hari Guru SKKN 2010

0

Category:













SELAMAT HARI GURU 2010

0

Category:

Ditujukan khas buat guru-guru di SK Kampung Nangka dan semua guru di Malaysia, "Selamat Hari Guru!"

[hari+guru+2.jpg]

- 16 Mei 2010 -

SELOKA HARI GURU 6 BESTARI

2

Category:

Assalamualaikum salam di beri,
Kepada semua cikgu-cikgu,
Halaman seloka 6B kami paparkan,
Hanya sekadar senda dan gurauan.

Cikgu Siti Aisyah bonda kami,
Bila mengajar tekun sekali,
Agar anak didiknya memahami,
Agar hidup bahagia akhirat & duniawi.

Cikgu Wan Zuhairi segak orangnya,
Penyelaras UPSR disandang olehnya,
Nampak garang jika xdekati,
Jika dikenali ramah sekali.

Orangnya cantik macam bidadari,
Bergurau senda itulah hobi,
Membuat kami tak kering gusi,
Teacher Sharifah Salmiah gerangan diberi.

Cikgu Jamilah orangnya lemah-lembut,
Prestasi pelajar keutamaan diberi,
Melerai semua apa yang kusut,
Supaya kami masuk universiti.

Orangnya cantik, lembut dan dedikasi,
Mengajar di kelas kebanggaan kami,
Lautan ilmu dicurah bakti,
Itulah dia Ustazah Zalina kami.

Andai ada terkasar bahasa,
Mohon maaf saya pohonkan,
Anggaplah ini sebagai jenaka,
Satu nostalgia yang patut dikenang.

"Guru Pembina Negara Bangsa"

~Hasil nukilan pelajar 6 Bestari 2010

Gotong Royong Perdana Semperna Hari Guru 2010

0

Category:

Sempena menyambut hari guru yang bakal tiba esok, satu gotong-royong perdana telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Kampung Nangka pada hari Sabtu, 15 Mei 2010 di seluruh Malaysia. Program bermula pukul 8 pagi hingga 10 pagi. Terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada semua warga SK Kampung Nangka, guru-guru, kakitangan, murid-murid serta tak ketinggalan pihak PIBG sekolah yang turut sama turun padang.





Lawatan Sambil Belajar ke Penang & Perak

0

Category:

Toy Museum, Penang




Kota Cornwallis, Penang



Jambatan Pulau Pinang



Menaiki Feri di Pulau Pinang




Zoo Taiping & Night Safari, Perak






Menginap di Hotel Legend Inn, Perak



Muzium Negeri Perak







Bukit Merah LakeTown, Perak



Kraftangan Labu Sayong, Perak





Muzium Diraja Perak & Masjid Ubudiah, Perak



Muzium Arkeologi Lenggong, Perak





Pada 4 dan 5 Mei 2010, seramai 28 orang murid serta 6 orang guru dan staff SKKN telah turut serta dalam Lawatan Sambil Belajar ke Penang & Perak selama 2 hari. Antara tempat-tempat menarik yang dilawati di Penang ialah "Toy Museum"(The World's Largest Toy Museum), Taman Kota Lama Cornwallis, Jambatan Pulau Pinang dan menaiki feri. Manakala tempat-tempat yg dikunjingi di Perak ialah Zoo Taiping & Night Safari, Bukit Merah LakeTown Resort, Kraftangan Labu Sayong, Muzium Negeri Perak, Muzium Diraja Negeri Perak, Masjid Ubudiah dan Muzium Arkeologi Lenggong. Lawatan ini telah membuka minda serta meningkatkan pengetahuan am murid-murid khasnya, Alhamdulillah..