Nama Pelajar 5A UPSR SKKN masuk akhbar NST

0

Category:

Pada 3 Disember yang lalu, surat khabar News Straits Times telah memaparkan senarai nama pelajar-pelajar negeri Terengganu yang berjaya mendapat keputusan cemerlang 5A di dalam UPSR 2009, termasuk 15 orang pelajar SK Kampung Nangka. Tahniah buat semua pelajar yang berjaya di dalam peperiksaan UPSR 2009!





Program Kecemerlangan UPSR 2010

0

Category:

Kelas Bimbingan Cuti Terancang Akhir Tahun 2009 untuk pelajar Tahun 6 2010 SK Kampung Nangka telah bermula pada 20 sehingga 30 Disember 2009. Program ini bertujuan memantapkan lagi persediaan pelajar-pelajar bagi menghadapai peperiksaan UPSR tahun hadapan. Selamat berusaha semua!




Kedudukan SK Kampung Nangka

0

Category:


Untuk paparan yang lebih jelas, sila klik di sini

Penyelenggaraan e-BOOK 2010

0

Category: ,



Pada cuti sekolah yang lalu, murid-murid tahun 5 telah menghantar e-Book mereka kepada Pegawai IT Sekolah (EIO), Cik Azmalia Mohamed Fadzil untuk mengemaskini perisian buku teks Tahun 6 pada tahun depan. Terima kasih di atas kerjasama semua murid! :)

Pemandangan di SK Kampung Nangka

0

Category:



Pagar Baru Sekolah

0

Category:

Pada cuti sekolah yang lalu, SK Kampung Nangka telah menerima bantuan pagar baru daripada Kementerian kerana pagar lama sekolah rosak ditenggelami air akibat musim banjir tempoh hari.



Banjir Oh Banjir..!

0

Category:




Pada 6 dan 7 November lalu, SK Kampung Nangka ditenggelami air akibat banjir di musim tengkujuh pada fasa pertama. Semua warga sekolah bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah yang berselut. Pihak Bomba turut menhulurkan bantuan bagi memudahkan lagi proses pembersihan. Terima kasih di atas segala kerjasama semua!

TAHNIAH di atas kejayaan UPSR 2009!

0

Category:



Tanggal jam 10pagi, Guru Besar SKKN, Puan Hajah Sobariah bt. Othman telah mengumumkan bahawa seramai 15 orang pelajar telah berjaya mendapat keputusan cemerlang 5A di dalam UPSR 2009 berbanding 9 orang pelajar yang mendapat 5A dalam UPSR tahun sebelumnya. Tahniah buat semua warga SKKN dengan meningkatnya jumlah pelajar yang mendapat 5A pada tahun ini! :)

Welcome to SK Kampung Nangka

0

Category:


Selamat datang ke SK Kampung Nangka diucapkan kepada Tuan Haji Zaimani bin Othman, sebagai GPK Kokurikulum yang baru dan tidak lupa juga kepada Cik Azmalia binti Mohamed Fadzil, sebagai Pegawai IT Sekolah (EIO) eBOOK yang telah memulakan tugas pada 8 November yang lalu. Selamat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi..semoga SKKN terus cemerlang! :)