Projek "e-Book Merentasi Kokurikulum"

0

Category: ,







Satu program "e-Book Merentasi Kokurikulum" telah diadakan di Pusat Akses SK Kampung Nangka selama 3 hari bermula 11-13 Oktober 2010. Program lepas UPSR ini bertujuan memberi pendedahan tentang aplikasi e-Book kepada murid-murid Tahun 6. Di samping itu, ia dapat mengisi masa lapang serta memberi pendedahan awal kepada murid sebelum masuk ke sekolah menengah. Antara pengisian projek e-Book ini ialah murid-murid diminta membuat emel. Kemudian setiap kumpulan dikehendaki memilih tajuk mengikut idea masing-masing serta mencari maklumat daripada internet. Selepas itu, setiap kumpulan menyiapkan slide powerpoint mengikut kreativiti dan menghantar slide ke emel guru. Akhir tugasan, murid-murid diminta membuat persembahan tayangan slide kumpulan masing-masing. Alhamdulillah, misi berjaya dengan kerjasama daripada semua murid, guru serta EIO yang terlibat. Tahniah! Semoga program bermanfaat seperti ini dapat diadakan lagi selepas ini, insyaAllah..

LAWATAN PRA KE KUALA TRG

0

Category: ,







CERAMAH PENCEGAHAN DADAH oleh ADK

0

Category:




Fire Drill & Ceramah BOMBA

0

Category: ,







Kempen Bahasa & Membaca

1

Category: